.:.emails & announcement.:.

Monday, February 8, 2010

Salam...
Kepada pelanggan BD2U yang dihormati, harap bersabar menunggu balasan email, rani sedaya upaya cuba membalas email anda semua bermula petang ini insyaallah...


Tiada sebarang penghantaran produk sepanjang cuti sekolah dan pada status "full" kecuali telah mendapat confirmation mail dari rani.


salam hormat, tqvm.
Wassalam.

.:.cupcakes makan-makan.:.

Wednesday, February 3, 2010

Salam...
order dari k.ija...katanya k.ija nk pi kl dan nk bawa bg kat hajar sbb dia baru dapat kerja..just utk makan-makan...dlm email k.ija bagi tau dia n
k yang ada roses dan warna ceria...=)

rani pun seronok bermain dgn warna-warna, bunga-bunga
dan seronok bermain dgn susun atur cupcake ini =) saksikan....


.:.kelas cupcakes.:.

Salam...
kelas cupcake kali ni pun happening jugak =) azira dan k.ida sama-sama join utk kelas ni...banyak sungguh cerita yang kami kongsikan...sangat syiokkk kan? =)

azira asai memang orang kedah tapi sekarang bekerja dan menetap kt putrajaya...setakat ni la tapi dia kata akan balik duk kat sp jugak sbb dah beli rumah kat sp...azira ni juru
audit kat kementerian kesihatan, katanya syiok jadi juruaudit sebab saya bole audit sesiapa pun termasuk ptd...hahahaha dia gelak, ptd tak bole tanya dan audit saya...k.rani saya penah minta ptd semua saya lulus kecuali masa interview mungkin masa tu freshie lagi kan jadi tak banyak ilmu pengetahuan la tentang macam-macam perkara =), tapi saya syiok keja audit ni, bole tau macam-macam k.rani =). Perkembangan terkini dari azira sampai sekarang rani apdet blog ni cupcake yang azira buat ni tak habis makan lagi...k.rani kami makan cupcake yang semut hurung ja, hat lain sayang nk makan...hahahaha, sambungnya lagi cupcake ni panjang sungguh perjalanannya sampai putrajaya ni...=) ok, bebila k.rani sampai putrajaya kita jalan-jalan kt alamanda na...=)

k.ida pulak duk dekat ja ngan rumah rani, lebih kurang bertentang taman...tapi kata k.ida dia tak tau rani buka kelas sampai satu hari k.saadiah bg tau kt dia...alhamdulillah tu yang k.ida mai belajaq
ni...masa mai belajaq ni kira genap sebulan k.ida baru berhenti keja, k.ida ni dah banyak tempat kejanya, kt takaful la, dan sebelum ni kt uum sbg HR officer kt EDC uum. Lepas ni bulih la k.ida buat cupcake bagi anak-anak makan...tak payah la nk beli...=) sambil mendeko cupcake k.ida bagi tau seorang anak dia nk ibu lukis bola, sorang nk ada gambar love dan sorang lagi nk ada gambar buku...hahahahah macam-macam kerenah anak-anak kepada ibu beranak empat ni..=) tqvm to all...sampai kita jumpa lagi....


cupcakes k.ida

.:.engagement cupcakes.:.

Salam...
ni pulak cupcake hantaran yang diorder oleh ilya utk majlis pertunangannya....bertemakan baby blue...tqvm ilya dan satu family...ilya, ur mom so sporting ;)

chocolate moist cupcake
fondant and gumpaste
m size

.:.wedding cake.:.

Salam...
Wedding cake ni ditempah ole shila bersama kakak-kakaknya yang bole dikata klau bersembang memang mengkaq perut habissss...hahahahaha...shila ni anak bongsu jadi kakak-kakaknya banyak memainkan peranan semasa menempah dan memberi idea...betuah sungguh la dapat kakak-kakak yang sungguh sporting...

Pesan kakak-kakaknya, rani buat bg nampak galak sikit na...adoila...sambil tanya, galak tu nampak macamana?? hahahah kata depa warna bg nampai pandang tak jemu =)...hahahaha tak taw la jadi ka dak. harap-harap menepati apa yang dikehendaki...tqvm shila!


.:.blueberry & strawberry cheese cake.:.

Salam...
tempahan ni pun awai juga...rasanya awai sebulan...hello rani, k.doyah ni nk tempah ciskek la, nk makan masa besday nanti...nk ciskek buh blueberry dan strawberry sama...ok, lepas ada kut dua minggu sebelum ambil order ni jumpa k.doyah kt kedai k.ros, salah satu butik baju kt canglun ni. K.doyah memang selalu lepak situ ngan k.doyah sebab depa ni ada buat bisnes pasai-pasai baju ni...bila dah jumpa k.doyah sempat lagi pesan nk yang bentuk bulat tau, tak mau bentuk lain....hahahaha ok....

tqvm k.doyah! jumpa lagi nooo...



.:.birthday cupcake & blueberry cheese tart.:.

Salam...
Bila dapat mail dari halimah seronok dan terkejut pun ada...terkejut sebab dapat order orang yang penah jadi student rani, dah pandai buat cupcake takkan nk tempah kot =) jangan marah tau halimah, just joking. seronok sebab lama tak dengaq berita dari dia...halimah ni berkhidmat sebagai pensyarah kat kolej matrik canglun, halimah ni klau rani tgk dia teringat kt my friend masa kat MMPAS dulu...cara dia cakap dan muka dia yang putih tu macam yusramizza, dah lama tak jumpa yus...hopefully one day bole jumpa yus kembali...


Masa datang pick up cupcake she is so beautiful....seperti biasa dgn memakai skrit marks & spencer (yang ni memang trademark dia) dan sedikit solekan...nice and beautiful...tqvm halimah for the
orders...jumpa lagi....

cupcakes and blueberry cheese tartlets for her niece..

chocolate moist cupcake
buttercream
s size

blueberry cheese tart

.:.kelas cupcake.:.

Salam...
Seperti biasa, klau ada ja kelas kek suasana akan lebih meriah, d
an sedikit gamat. Kalau diimbas kembali macam-macam kerenah dan gelagat yang ada...hahahaha kadang-kadang pikiq balik nk tergelak pun ada, tapi memang enjoy la...=)

Hazu
dan k.nafsiah join kelas cupcake kali ni. Hazu memang dah lama inforn dan confirm nk join kelas ni tapi k.nafsiah memang agak last minit.Hazu ni keja kat penang tapi disebabkan nk balik rumah mentua di jitra so dia amek la kesempatan untuk belajaq cupcake dgn rani...=) hazu ni kerja tangannya kemas dan teliti...hazu, bila k.rani turun penang kita pi pekena nasik kandaq
beratuq tu nooo....

k.nafsiah pula banyak join kelas baking sebelum ni, penah join dgn geng-geng bakers yang lain dan juga penah join
kelas baking kat sugar and flour. K.nafsiah ni dah ada anak lima you...tapi badan tetap slim dan maintain...hahahah kerjanya pun laju dan cepat ja, katanya kak kena buat cepat sebab klau lambat tak dan la nk buat benda lain...so masa yang ada bila buat keja kena perabih cepat-cepat la wajabnya....hahahaha, semua cupcake cepat ja siap tapi hiasan kena perkemaskan ya kak...=)...ok insyaallah ada rezeki dan masa kita jumpa lagi...

semoga kalian juga berjaya insyaallah...

.:.gift cupcakes.:.

Salam...
Alhamdulillah......ada sedikit kesempatan utk mengapdet. Amanah dan tanggung jawab dari hari ke sehari nampaknya semakin berat perlu digalas...walaupun kita hanya merancang namun Allah sahaja yang menentukan, mudah-mudahan dari sehari ke sehari semakin baik dan cemerlang. Mudah-mudahan segala kerja dipermudahkan oleh Allah sentiasa insyaallah...

ok now time back to the track, order dari k.ina. sebenaqnya k.ina minta design yang dah penah rani buat cuma warna nk tukaq, kalau bulih pinta dia nk warna pastel...tapi nk ada rose la...sebenaqnya cupkake ni k.ina nk bg kt kawan dia klau tak silap...alhamdulillah bila dapat sms dari k.ina yang manis-manis belaka ...=) tqvm k.ina...

.:.selamat tahun baru dan produk baru.:.

Tuesday, January 26, 2010

Salam....
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah s.w.t dengan segala izinnya kita masih dikurniakan Allah masa dan ruang bagi merasai tahun 2010, alhamdulillah...syukur sangat-sangat, mudah mudahan masa dan ruang yang Allah berikan kepada kita manfaatkan sebaik mungkin insyaallah...2009 pergi dan bergantinya 2010, yang pastinya 2009 meninggalkan segala lipatan kenangan dan 2010 sedang dan perlu diwarnakan dgn lebih baik dan mudah-mudahan warna-warna yang terhasil bukan warna-warna yang tidak harmoni...memohon supaya Allah s.w.t menjauhkan daripada apa yang tidak diigini...insyaallah...


Jadi sejajar dgn itu juga ada produk baru utk 2010, coklat...for any accassion, home made coklat pelbagai bentuk dan perisa, insyaallah sedap dan halal. =) Anda ada pilihan sama ada nk jenis compound atau converture atau kedua-duanya...jadi kepada yang berminat nak merasai dan mencuba produk baru, pilihan ditangan anda =) serta terima kasih di atas sokongan anda yang tidak pernah putus-putus... wassalam...

pelbagai bentuk dan perisa =)
 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada